Assalamualaikum,
Walau miskin namun kita diberi kesihatan, itu sudah nikmat yang luar biasa. Kadang kita mengeluh dengan sempitnya rezeki, padahal Allah tidak menimpakan kita penyakit. Kita terus masih sihat bugar.
Cuba renungkan ayat berikut,
“Adapun manusia apabila Rabbnya mengujinya lalu Dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka Dia akan berkata: “Rabbku telah memuliakanku”. Adapun bila Rabbnya mengujinya lalu membatasi rezekinya Maka Dia berkata: “Rabbku menghinakanku“. (QS. Al-Fajr: 15-16)
Imam Ibnu Jarir Ath-Thabari rahimahullah menjelaskan, “Adapun manusia ketika ia diuji oleh Rabbnya dengan diberi nikmat dan kekayaan, iaitu dimuliakan dengan harta dan kemuliaan serta diberi nikmat yang melimpah, ia pun katakan, “Allah benar-benar telah memuliakanku.” Ia pun bergembira dan senang, lantas ia katakan, “Rabbku telah memuliakanku dengan kurnia ini.” (Tafsir Ath-Thabari, 30: 228)
Kemudian Ath-Thabari rahimahullah menjelaskan, “Adapun manusia jika ia ditimpa musibah oleh Rabbnya dengan disempitkan rezeki, iaitu rezekinya tidak begitu banyak, maka ia pun katakan bahwa Rabbnya telah menghinakan atau merendahkannya. Sehingga ia pun tidak bersyukur atas kurnia yang Allah berikan berupa keselamatan anggota badan dan rezeki berupa nikmat sihat pada jasadnya.” (Tafsir Ath-Thabari, 30: 228)
Dari Mu’adz bin ‘Abdullah bin Khubaib, dari bapanya, dari bapa saudaranya, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Tidak mengapa seseorang itu kaya asalkan bertaqwa. Sihat bagi orang yang bertaqwa itu lebih baik dari menjadi kaya. Dan hati yang bahagia adalah sebahagian dari nikmat.” (HR. Ibnu Majah no. 2141 dan Ahmad, 5: 372. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)
Sihat ternyata lebih penting … Walhamdulillah, Allah masih tetap terus beri kita kesihatan.
Wassalam.
Be Somebody in the Eyes of Allah, Even if You are Nobody in the Eyes of People ♡ Perkongsian Ilmu oleh Ustaz Ki Hj Shahrin Abd Rahman. ●Sharing Knowledge (Youtube) ●Webinar Online ●FB Live Class ●Workshop ♡ Koleksi Ilmu dari pelbagai sumber. ●Tips kewangan ●Bengkel rezeki ●Motivasi & Kesihatan InshaaAllah. . Ameen Ya Rabb
Tuesday, 11 June 2019
7 Tanda Keberkatan Rezeki
Assalamualaikum,
Sedikit tentang tanda-tanda rezeki yang berkat yang dapat kita lihat dengan mata kepala dalam kehidupan kita sehari-hari. InshaaAllah.. Adapun sebahagian tanda keberkatan rezeki tersebut adalah:
1.Iman Yang Mantap Dan Hati Yang Semakin Dekat Dengan Allah SWT.
Apabila rezeki yang kita perolehi memiliki keberkatan, Iman kita makin mantap dan hati kita lebih mudah dekat dengan Allah SWT. Kita mudah untuk melakukan amalan wajib dan sunat dan tidak bermalas-malasan dalam urusan ibadah.
2. Hati Semakin Rasa Tenang.
Dengan Rezeki yang berkat, akan meraih pandangan Allah SWT dengan diberinya ketenangan hati dan jiwa kita. Hanya Allah SWT yang berhak memberi ketenangan hati kepada kita.
3. Menjadi Insan Yang Pemurah.
Amalan memberi sedekah dan zakat juga mudah untuk kita lakukan tanpa ada rasa sayang kepada harta yang kita ada. Ini kerana kita sedar bahawa rezeki yang kita miliki datangnya daripada Allah SWT.
4. Akan Dijauhkan Daripada Bala Allah SWT.
Rezeki yang berkat akan mampu menjauhkan bala bencana, kerana Allah SWT sentiasa melindungi orang yang gemar mencari keberkatan dalam rezeki yang dimilikinya.
5. Dapat Membentuk Keluarga Yang Harmoni.
Tanda keberkatan rezeki yang seterusnya adalah keharmonian dalam keluarga. Cuba kita perhatikan sesetengah keluarga yang mungkin hidup serba kekurangan dari segi wang ringgit, namun mereka tetap aman damai dan hidup bahagia.
6. Menjadikan Anak-Anak Yang cemerlang Di Dunia Dan Akhirat.
Duit yang banyak tidak menjamin kecemerlangan anak-anak di masa hadapan. Namun, rezeki yang berkat yang kita cari mampu menghasilkan anak-anak yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW dan menjadi anak yang cemerlang dalam meniti hidup di dunia dan akhirat.
7. Sentiasa Merasa Cukup Dan Bersyukur Dengan Segala Bentuk Pemberian Allah SWT.
Setiap yang kita perolehi datangnya daripada Allah SWT. Dalam mencari rezeki yang berkat kita perlu sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan segala bentuk pemberian Allah SWT tersebut.
Ya Allah berikankah kepada kami rezeki yang berkat lagi halal, yang dengannya kami akan rasa cukup dan bersyukur. Mudah-Mudahan hidup kami sentiasa berada dalam keberkatan-Mu. Aameenn Yaa Robbal 'Aalameenn.

Thursday, 6 June 2019
3 Zikir Pembuka Pintu Rezeki
Assalamualaikum,
3 Zikir Pembuka Rezeki yang harus diamalkan untuk menjemput Rezeki dari Allah SWT.
ZIKIR 1 : PERBANYAKKAN ZIKIR “LA HAULA WALAA QUWWATA ILLAA BILLAH”
Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah. (HR. At-Tabrani)
ZIKIR 2 : PERBANYAKKAN ZIKIR ‘LAA ILAAHA ILLALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIIN’
Maksud :-
Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.
Barangsiapa setiap hari membaca La ilaaha illallah al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur.
(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
ZIKIR 3 : PERBANYAKKAN ZIKIR ‘SUBHAANALLAH WABIHAMDIHI SUBHAANALLAHIL A’ZIIM’
Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
Amalkan dengan istiqamah, inshaa Allah dibukakan pintu-pintu rezeki.
Beramal lah semata-mata niat kerana Allah Taala.
Semoga kita semua dilimpahi Rezeki yang luas. Aameen
--------------------------

Subscribe to:
Posts (Atom)